Selepas Julai berakhir, parlimen akan bubar?

 

Desas-desus parlimen akan bubar selepas Julai berakhir sudah kedengaran merata-rata. Ini berikutan tarikh MoU antara pembangkang dan kerajaan yang bakal tamat pada Jun ini.

Lebih menambah ura-ura tersebut, Perhimpunan Agung Khas UMNO yang baru selesai juga dikatakan memberi impak kemungkinan pembubaran parlimen.

Keputusan UMNO meminda perlembagaan parti untuk melanjutkan tempoh pemilihan jawatan dipercayai mempengaruhi tempoh bubar parlimen dipercepatkan.

Ia bukan berkenaan ‘gila kuasa’, tetapi lebih kepada mencari jalan mengembalikan kemakmuran negara seperti sebelum PRU14.



Rombakan kabinet yang dijangkakan akan berlaku dalam masa terdekat juga memberi petunjuk sesuatu yang ‘besar’ akan berlaku menjelang Ogos kelak.

Banyak faktor dikatakan akan mempengaruhi pembubaran parlimen dan ia merupakan keperluan yang perlu diutamakan.

Menunggu sehingga cukup tempoh penggal hanya akan menambahkan lagi beban yang akan ditanggung rakyat dan kerajaan selepas PRU15.

 

MENTERI GAGAL HAYATI KESUSAHAN RAKYAT

Kegagalan segelintir Menteri menjalankan tugas dengan baik turut mempengaruhi ‘mood’ pembubaran parlimen. 



Sebagai Perdana Menteri, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob, perlu lebih sensitif dengan setiap perkembangan yang kurang menyelesakan rakyat dan perkembangan ekonomi negara. Bahkan pelabur juga perlu diberikan keyakinan yang baik untuk terus melabur di Malaysia.

Biarpun rakyat nampak ‘gembira’ dengan kerajaan sediada, jangan menafikan keresahan sebenar rakyat yang masih dibelenggu masalah pasca covid dan pasca darurat.

Kedudukan matawang Malaysia yang agak lemah berbanding matawang utama dunia, memberi impak kepada rantaian bekalan makanan import.

Bukan sahaja yang import, malah bekalan domestik juga makin meninggi harganya berikutan pergantungan kepada makanan import untuk ternakan dan hasil lain.

PAKATAN HARAPAN, PERIKATAN NASIONAL & KERAJAAN CAMPURAN ‘MIMPI NGERI’ BUAT PARA PELABUR

Bagaimanapun, ia agak sukar apabila imej Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional masih membayangi pemikiran pelabur luar.

Bahkan untuk mereka kembali membuat pelaburan, sebuah kerajaan yang benar-benar stabil dari semua sudut amat diperlukan.

Sekaligus mandat baru perlu diperolehi bagi menyakinkan rakyat serta pelabur yang masih percaya kepada kekuatan politik dan ekonomi Malaysia.

Bagi mendapatkan semua itu semula, maka parlimen perlu dibubarkan dan sebuah kerajaan yang kukuh perlu ditubuhkan.

Apakah rakyat Malaysia sudah bersedia atau kerajaan yang belum bersedia untuk mencari mandat baru?

 

PN, PH takut Parlimen dibubarkan selepas Julai

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker