Aksi Guru Bantu Pelajar OKU Lompat Tinggi Bikin Sebak

Di TikTok, seorang guru mendapat perhatian warganet apabila dia membantu seorang remaja kurang upaya (OKU) untuk melompat dalam acara sukan lompat tinggi di sekolah.

Guru tolong pelajar lepas palang

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Haikal Ackn memaparkan beberapa kumpulan murid sedang mengadakan sukan dalam acara lompat tinggi.

Apa yang menarik perhatian warganet apabila terdapat seorang remaja OKU dikenali sebagai Syafi Zikri sedang berlari sebelum bersedia untuk melompat dalam acara sukan berkenaan.

Namun, suasana yang gembira itu bertukar menjadi sebak apabila terdapat seorang guru lelaki setia menunggu pelajar berkenaan dan membantunya untuk melepasi palang terbabit.

Berkat pertolongan guru terbabit, akhirnya hajat pelajar berkenaan tercapai jua selepas sekian lama mencuba untuk melepasi palang beberapa tahun.

Alhamdulillah tahun ni lepas juga.

Terima kasih kerana suppot adik saya Syafi Zikri. Moga apa yang didoakan berbalik kepadanya.

Sehingga artikel ini ditulis, video berdurasi 11 saat itu meraih lebih satu juta tontonan dan mendapat lebih 106 ribu tanda suka di TikTok.

‘Syafie repeat 2022’

 

 

@kentangterox Alhamdulillah tahun ni lepas juga😂#fyp #ackn #NNN #viral ♬ bunyi asal – Haikal ackn🍁

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji guru berkenaan kerana membantu pelajar itu. Malah, ada juga di antara mereka yang tersentuh melihat tindakan guru terbabit.

kentangterox

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker