Dua beradik cedera van rempuh pagar rumah

Petaling Jaya: Malang tidak berbau. Itu nasib dialami dua beradik apabila cedera dilanggar sebuah van yang terbabas merempuh pintu pagar rumah mereka di Jalan SS3 Petaling Jaya di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada 5.08 petang sebelum sebuah jentera dengan kekuatan lapan anggota dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, anggota mendapati pemandu van iaitu seorang lelaki berusia 47 tahun tersepit di hadapan manakala dua kanak-kanak masing-masing lelaki dan perempuan dipercayai anak pemilik rumah sudah dikeluarkan sebelum pihak bomba sampai.

“Anggota menjalankan kerja mengeluarkan pemandu van menggunakan peralatan khas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kesemua mangsa diserahkan kepada pihak ambulans untuk rawatan lanjut.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker