Elok Amalkan 15 Surah Pilihan Untuk Lahirkan Zuriat Soleh & Solehah
Bila disahkan mengandung, pasti perasaan gembira dan sebak menyelubungi diri lebih-lebih lagi jika sudah lama berkahwin dan merancang untuk dikurniakan zuriat agar dapat merasai kehidupan bergelar sebagai seorang ayah dan ibu.
Justeru itu, semasa mengandung, para ibu dinasihatkan untuk mengamalkan perkara-perkara yang digalakkan dalam Islam seperti membaca ayat-ayat suci al-Quran.
Harapan besar seorang ibu adalah melahirkan anak yang sempurna, soleh/solehah dan bijaksana. Ini adalah 15 Surah pilihan buat ibu hamil perkongsian Datuk Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah.
1. Surah Al-Fatihah
Buat penerang hati dan penguat daya ingatan.
2. Surah Maryam
Agar dipermudahkan ibu bersalin dan melahirkan anak yang sabar dan taat.
3. Surah At-Taubah
Untuk membersihkan jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
4. Surah Yusuf
Agar anak yang dilahirkan cantik rupa dan akhlaknya.
5. Surah Al-Fatihah, 3 Qul iaitu Surah Al-Ikhlas, An-Nas, Al-Falaq berserta Ayat Kursi.
Menjadi perisai kepada kandungan sentiasa dilindungi. (Amalkan setiap malam sebelum tidur).
6. Surah Yassin
Untuk ketenangan jiwa dan semoga anak terpelihara daripada godaan syaitan.
7. Surah Al-Hujurat
Doa untuk memperbanyakkan susu ibu dan melahirkan anak bersifat berhati-hati.
8. Surah Luqman
Agar melahirkan anak yang cerdik akal dan terang hati.
9. Surah An-Nahl (Ayat 78)
Agar anak yang dilahirkan bersikap rajin dan berdisiplin.
10. Surah Al-Imran (Ayat 38)
Doa agat melahirkan zuriat yang soleh dan solehah.
11. Surah Al-Imran (Ayat 8-9)
Doa memohon rahmat Allah.
12. Surah Al-Imran (Ayat 192-194)
Doa memohon keampunan Allah.
13. Surah Ibrahim (Ayat 40-41)
Doa agar anak rajin mengerjakan solat.
14. Surah Al-Baqarah (Ayat 128)
Doa agar anak patuh akan perintah Allah.
15. Surah Al-Furqan (Ayat 74)
Setiap lantunan yang disebutkan oleh ibu pasti didengari oleh anak dalam kandungan.
Maka surah-surah ini bukan sahaja menjadi gelombang tetapi turut memberi aura dan tenaga yang akan membesarkan anak agar lebih sihat dan penuh budi pekertinya. Hebatnya ayat suci Al-Quran.
siraplimau