Harga barang dapur mencanak, apa guna jadi Menteri?

 

Harga barang dapur yang semakin mencanak naik menyebabkan pengguna mengeluh. Tinjauan harga yang dikeluarkan FAMA agak mengejutkan.

Perbandingan harga antara negeri juga agak ketara. Paling ketara terjejas dengan kenaikan adalah peniaga berasaskan jualan makanan harian.

Sebagai perbandingan, harga kangkung sekarang mencecah RM6 di Pasar Kuala Terengganu, RM5 di Kota Setar dan RM5.50 di Melaka Tengah. Janggal rasanya bila harga kangkung pun tidak mampu dikawal kerajaan.

Itu baru harga kangkung, belum lagi harga keperluan dapur yang lain-lain. 

Bagi peruncit pula, mereka berdepan dilemma apabila pembekal menyatakan harga barang akan terus meningkat pada Jun ini.

Ini akan menyebabkan rakyat terpaksa mengeluarkan belanja yang lebih untuk membeli barang yang sama tetapi berbeza harga.

Seperti biasa, alasan ‘permintaan melebihi bekalan’ untuk “menghalalkan” kenaikan harga barang keperluan.

Rakyat akan terus tertanya-tanya, apa fungsi Menteri yang memegang portfolio berkaitan pengguna ketika harga barang naik mendadak.

Kartel yang telah lama menguasai pasaran sudah pasti akan mencari jalan untuk terus meraih keuntungan walau kerajaan telah mengumumkan penghapusan permit import.

Apa yang rakyat mahu tahu, kaedah yang akan dicadangkan Menteri bagi mengekang kenaikan harga barang dapur dan keperluan harian lain.

Jangan beri alasan perang Rusia-Ukraine menyebabkan kenaikan harga dari pengeluar ke pemborong kepada peruncit akhirnya menyusahkan pengguna.

Isu barang keperluan, Menteri jadi patung?

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker