Mak Abah Baru Berani Buka Mulut Tentang Status Luar Nikah

Tak dinafikan, pelbagai persiapan yang perlu dilakukan oleh bakal pengantin dan salah satu persiapan yang paling penting dalam majlis akad nikah adalah kehadiran wali. Ini kerana wali merupakan salah satu rukun nikah dan wajib dipenuhi.

Namun lain pula yang dilalui seorang bakal pengantin ini yang mengetahui sebuah hakikat mengejutkan mengenai kisah silam ibu bapanya.

Mengaku anak tak sah taraf

Kisah tersebut dikongsikan semula oleh seorang pengguna TikTok, Tokadi_hipster. Difahamkan, rahsia tersebut hanya terbongkar sebulan sebelum si anak mendirikan rumah tangga.Β Menceritakan kembali kisah itu, ibu bapa kepada pengantin perempuan mendedahkan kebenaran bahawa anak perempuan mereka sebenarnya berstatus anak tidak sah taraf. Kedua orang tua pengantin perempuan terpaksa menceritakan perkara sebenar kerana si bapa sedar bahawa dia tidak boleh menjadi wali di hari bahagia puterinya nanti.

Macam ni ustaz, anak kami bulan depan nak nikah. Dia dah dapat pun kebenaran dari pejabat agama. Ustaz, kami nak buat pengakuan, anak itu sebenarnya lahir sebelum kami nikah lagi.



Berikutan daripada itu, ustaz berkenaan menyemak kembali tarikh nikah kedua ibu bapa dan tarikh kelahiran si anak. Menurut ustaz, tarikh tersebut tidak menunjukkan bahawa si anak adalah anak tidak sah taraf seperti yang didakwa mereka.

Sijil dan tarikh nikah tu memang betul tapi yang tak betul adalah tarikh lahir dan surat beranak anak. Cuma sekarang kami nak mengaku je, saya tak boleh mewalikan anak saya nikah sebab dia anak tak sah taraf. Kami dah menyesal.

Susulan daripada itu, ustaz ini sempat menasihati pasangan ini supaya berterus terang tentang hal sebenar kepada anak mereka. Sementara di ruangan komen, kebanyakan netizen turut berkongsi pengalaman hitam sama yang pernah dilalui mereka.

Tokadi_hispter



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker