Pasar Besar Jerantut ditutup Bekalan ayam terputus

JERANTUT: Semua tujuh gerai menjual ayam segar di Pasar Besar Jerantut ditutup kepada pembeli berikutan tidak mendapat bekalan ayam daripada pembekal ayam, sejak Selasa lalu.

Peniaga ayam di Pasar Besar Jerantut mendakwa mereka tidak memperoleh bekalan ayam hidup sejak Selasa lalu kerana pembekal memaklumkan stok ayam tidak mencukupi.

Seorang peniaga ayam, Rosdi Omar, 55, berkata bekalan ayam segar mula sukar didapati sejak Selasa dan Rabu lalu dan pada hari ini, peniaga mendapat sedikit bekalan, tetapi tidak cukup untuk pembeli.

“Semalam, saya memohon 100 bakul ayam daripada pembekal tetapi hanya memperoleh 20 bakul, malah ayam yang diterima pun bersaiz kecil,” katanya.

Seorang peniaga ayam segar yang enggan namanya disiarkan berkata, semalam dia tidak menerima bekalan dan menerima sedikit bekalan pada hari ini, tetapi tidak lebih 50 peratus bekalan ayam.

“Selalunya saya terima bekalan kira-kira 500 ekor tetapi hari ini hanya terima tidak sampai 250 ekor, begitu juga penjual ayam yang lain.

Seorang peniaga ayam segar yang enggan namanya disiarkan berkata, semalam dia tidak menerima bekalan dan menerima sedikit bekalan pada hari ini, tetapi tidak lebih 50 peratus bekalan ayam.

“Selalunya saya terima bekalan kira-kira 500 ekor tetapi hari ini hanya terima tidak sampai 250 ekor, begitu juga penjual ayam yang lain.

“Di pasar ini ada tujuh pintu gerai dan bagi mengelakkan perebutan antara pembeli, kami terpaksa menutup gerai dan menghantar kepada pelanggan tetap sahaja, terutama kedai makan,” katanya.

Katanya, biasanya peniaga menerima purata 500 ekor setiap hari tetapi sekarang tidak sampai separuh bekalan diterima dan ada gerai langsung tidak menerimanya.

“Saya turut menghubungi rakan penjual ayam di daerah lain seperti Lipis dan Bentong dan mereka turut mengalami keadaan sama, malah penjual ayam di daerah Kuantan juga mahu mendapatkan bekalan dari Jerantut.

“Kami penjual ayam di daerah ini merayu agar isu bekalan ayam daging dapat diatasi segera demi kesejahteraan rakyat Malaysia, dan memohon maaf kepada pembeli di daerah ini kerana tidak dapat membekalkan ayam segar seperti biasa, ” katanya.

Seorang pembeli yang ditemui, Shaharuddin Hasim, 48, berkata dia terkejut apabila mendapati semua gerai menjual ayam di Pasar Jerantut ditutup hari ini.

Tinjauan di beberapa pasar raya di bandar ini turut menghadapi masalah sama dan mendapati tiada ayam segar berada di bahagian kaunter jualan ayam.

BHOnline

Leave a Reply