Ringgit cecah RM4.40 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan penurunan untuk dibuka lebih rendah pada RM4.40 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), terendah sejak Mac 2020 susulan pengumuman oleh Rizab Persekutuan (Fed) untuk mengetatkan dasar monetari.

Pada 9.19 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.4050 berbanding dolar AS daripada penutup Rabu 4.3960/3975.

Ringgit mencatatkan rekod terendah pada 23 Mac 2020, apabila ia mencecah RM4.447.

BERNAMA



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker