Trapp wira Frankfurt juarai Liga Europa

SEVILLE, Sepanyol: Penjaga gol Kevin Trapp menghargai sokongan peminat Eintracht Frankfurt selepas aksinya menyelamatkan sepakan penalti membantu kelab Jerman itu menewaskan Rangers sekali gus menjuarai Liga Europa.

Trapp menafikan percubaan Aaron Ramsey untuk memenangi penentuan penalti 5-4 selepas terikat 1-1 pada aksi final di Seville itu.

“Kita semua adalah wira. Tanpa penyokong kami tidak akan mampu melakukannya,” kata Trapp.



Frankfurt bangkit dengan gol penyamaan Rafael Borre selepas Rangers membuka jaringan menerusi Joe Aribo.

“Pasukan ini luar biasa, mereka berhak dengan kemenangan ini. Ia perjuangan yang sukar. Kami mengharungi perjalanan yang hebat untuk sampai ke sini,” kata kapten Frankfurt Sebastian Rode yang bermain dengan kepala berbalut selepas dahinya cedera di awal permainan.

Pengendali Frankfurt Oliver Glasner kagum dengan anak buahnya yang memenangi trofi Eropah pertama selepas Piala UEFA 1980 tanpa mencatat sebarang kekalahan.



“Kami mengharungi 13 perlawanan di Eropah musim ini dan tidak pernah tewas. Sukar untuk menggambarkan usaha keras pemain-pemain ini dengan kata-kata.

“Semua orang memainkan peranan dan ia hanya dapat dilakukan dengan semangat begini. Kami akan meraikan kejayaan ini untuk beberapa hari,” kata Glasner.

AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button