Turuti Permintaan Suami, Wanita Akui Menyesal Ada Anak Awal

Tidak dinafikan memiliki cahaya mata sendiri merupakan salah satu impian buat pasangan yang mendirikan rumah tangga, namun untuk menjaga anak sebenarnya ia bukanlah satu perkara yang mudah dan memerlukan kesabaran yang tinggi.

Namun, ada juga ibu bapa yang burn out dan berasa penat apabila mereka sudah mempunyai cahaya mata kerana tiada masa untuk bersendirian serta terpaksa bahagikan masa mereka bersama anak.

Begitu juga seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita di Twitter di mana dia meluahkan rasa penat untuk menjaga anaknya sehingga perkara tersebut menganggu mental dan fizikalnya.



Saya tahu ramai kata penat tu penat tapi bila tengok anak semuanya hilang. Tapi saya nak juga tahu ada tak parents yang sampai sekarang rasa mental dan fizikal dia dah penat sebab anak?

Dalam pada itu, wanita terbabit turut meluahkan rasa menyesal kerana mempunyai anak awal kerana dia tidak pernah terfikir untuk menimang cahaya mata seawal perkahwinannya, namun disebabkan permintaan suaminya maka dia terpaksa akur.

Nak cakap menyesal ada lah sikit dulu sebab macam diri sendiri tak ready tapi dah suami nak anak ikut je lah.

Menurut wanita ini, ketika berada dalam pantang, hampir setiap hari dia menangis kerana sakit dan penat untuk menjaga anak dalam masa yang sama. Dalam pada itu, dia turut meluahkan rasa rindu kehidupannya sebelum melahirkan anak.



Macam rindu masa cukup tidur dulu, rindu badan dulu, nak kemana tak fikir boleh tak bawa baby pergi situ sini.

Sekarang rasa sayang tu tak boleh nak cakap

Walau bagaimanapun, lepas lima bulan anaknya membesar, dia mengatakan perasaan ‘penat’ itu hilang dan sedar bahawa segala yang berlaku kepada dirinya sebelum ini hanya kerana mentalnya tidak kuat untuk melalui fasa menjadi seorang ibu.

Rasa sayang kat anak tu tak boleh nak cakap sayang macam mana. Sayang sampai diri sendiri sakit pun tak apa (sekarang lah) dulu kan baru nak adapt.

Masa tu letih penat mental sendiri tak rasa nikmat sayang anak tu. Sekarang Alhamdulillah.



Bukan itu sahaja, wanita berkenaan turut menasihatkan kepada bakal ibu untuk mempersiapkan mental dan fizikal kerana orang luar sering mengatakan bahawa melahirkan anak itu susah dan sakit tetapi lepas bersalin mereka tidak cakap sakit mahupun susah.

‘Anak ni bukan sekadar kita lahirkan je’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menasihati agar wanita itu sentiasa sabar dan tabah untuk menjaga anak. Malah ada juga di antara mereka yang turut berkongsi pengalaman menjaga anak.

brgsjks



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button