Van Bronckhorst pertahankan Ramsey

Seville, Sepanyol: Pengurus Rangers, Giovanni van Bronckhorst mempertahankan Aaron Ramsey selepas pemain tengah itu gagal menyempurnakan sepakan penalti penentuan yang menyaksikan mereka tewas kepada Eintracht Frankfurt di final Liga Europa awal pagi tadi.

Rangers tewas 4-5 di Seville apabila perlawanan terikat 1-1 selepas tamat tempoh sebenar.

Ramsey dimasukkan tiga minit sebelum masa tambahan dan Van Bronckhorst mengakui beliau membawa masuk pemain berusia 31 tahun itu kerana pengalamannya berdepan tekanan.

Namun sepakan pemain Wales itu berjaya diselamatkan oleh penjaga gol, Kevin Trapp membolehkan Rafael Borre menjaringkan gol kemenangan dan merangkul trofi Eropah pertama Frankfurt selepas 42 tahun.

“Kami membuat persediaan penalti dengan baik,” kata Van Bronckhorst.

“Kami berlatih. Sesetengah pemain mereka selesa mengambil penalti dan kami mempunyai beberapa pemain yang mahu mengambilnya dan beberapa pemain tidak. Kami mempunyai senarai. Kami perlu menyesuaikannya kerana beberapa pemain berada di bangku simpanan.

Ditanya mengenai keadaan Ramsey dan perasaan pemain lain selepas perlawanan Van Bronckhorst berkata: “Ia sangat menyedihkan. Anda boleh lihat selepas perlawanan. Ia bukan satu baik apabila kalah.

“Setiap orang terluka, kecewa. Anda boleh merasainya di bilik persalinan. Itu perkara biasa selepas perlawanan.

“Aaron kecewa tapi dia mengambil tanggungjawab untuk mengambil penalti. Anda boleh berjaya atau boleh terlepas malangnya dia tidak berjaya tapi anda mahu pemain bersedia dan berada dalam keadaan selesa.”

Rangers berusaha untuk memenangi kejuaraan Eropah pertama mereka dalam tempoh 50 tahun dan mendahului di stadium Ramon Sanchez Pizjuan apabila Joe Aribo meledakkan gol pada separuh masa kedua sebelum lawan berjaya menyamakan kedudukan selepas itu.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker