Vape dan pod Lain kedai, lain pula harga!

Kuala Lumpur: Banyak kedai tidak pamer tanda harga. Itu hasil dapatan wartawan TV9 selepas melakukan tinjauan ke atas beberapa premis yang menjual rokok elektronik vape dan pod.

Lebih membingungkan apabila harga sesetengah produk dijual secara tidak konsisten dan tidak seperti produk tembakau yang berada di pasaran.

Sejak rokok elektronik mendapat perhatian umum kira-kira 12 tahun lalu, penggunaannya sangat meluas dalam kalangan orang ramai sehingga ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit.

Berdasarkan faktor itu, wartawan TV9 melakukan tinjauan penjualannya di sekitar ibu negara.

Hasil pemantauan agak mengejutkan kerana kebanyakan produk yang dijual termasuk vape, pod, aksesori, barang gantian dan cecair perasa atau juice tidak diletakkan tanda harga.

Malah, tinjauan di kedai berlainan juga mendapati harga untuk produk yang sama naik sebanyak RM1.

Bagi pengguna pula, konsep ‘lain kedai, lain harga’ itu membingungkan mereka memandangkan harga jualan runcit bagi penjualan rokok konvensional pun mempunyai harga standard.

Bagi mengatasi masalah itu, pengguna memilih untuk melakukan pembelian secara dalam talian.

Tinjauan wartawan juga mendapati masih ada sesetengah peniaga yang akur dengan undang-undang dengan mempamerkan tanda harga.

Buletin TV9 sehingga kini masih menunggu reaksi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bagi mengulas isu ini.

kuti sambungan siri dua penjualan rokok elektronik tanpa tanda harga dalam Buletin TV9 pada jam 7 malam ini dan dapatkan akhbar Harian Metro untuk edisi penulisan, esok.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker