Ambil kesempatan jual susu badan

Washington: Seorang ibu di Amerika Syarikat (AS) mengambil kesempatan dengan menjual susu badannya ketika negaranya berdepan masalah kekurangan bekalan susu formula bayi.

Daily Star melaporkan Alyssa Chitti dikatakan sudah menjual 100 liter susu badannya.

Wanita itu juga mempunyai tiga peti sejuk beku yang diisi dengan susu badannya.



Dia mula menjualnya selepas menyedari penyenaraian produk buatan sendiri itu di dalam talian lebih mudah daripada mendermakannya kepada bank susu tempatan.

Chitti membantu menampung sebahagian daripada permintaan bekalan itu dengan membekalkan susu badannya.

Chitti berharap dapat menjual susunya dengan harga AS$1 (kira-kira RM4.40) bagi setiap auns (28 gram).

Namun, dia sedia berunding dengan beberapa ibu kerana memahami apa yang mereka alami.



“Saya tahu ramai ibu memerlukan formula khusus untuk bayi dan faham kekecewaan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Fox 13 melaporkan, membeli dan menjual susu ibu dalam talian adalah sah namun tindakan itu tidak dikawal selia

Chitty hanya berhenti daripada melakukannya selepas menerima maklum balas negatif.

AS kini berdepan dengan masalah kekurangan susu formula bayi.



Ia susulan tindakan satu pengeluar utama yang secara sukarela menarik produk itu daripada pasaran kerana isu keselamatan.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button