Buat Duit Dengan Khidmat Hantar Teks ‘Selamat Malam’

Seorang wanita di Beijing, China yang dihantui masalah kesunyian dan insomnia telah menghantar lebih 30,000 pesanan ‘selamat malam’ selepas mengendalikan perkhidmatan tersebut sejak 10 tahun lepas.

Hargai kepercayaan orang asing

Wanita itu yang dikenali sebagai Jiu Mei, 35 tahun, mula menjual khidmat menghantar teks selamat malam pada tahun 2012 ketika sedang mengalami masalah kesunyian serta kesukaran untuk tidur, insomnia.

Jiu Mei berkata, dia menghargai kepercayaan yang dia terima daripada orang asing serta dapat memberikan perasaan gembira kepada mereka. Pada masa yang sama, dia dapat mengubati kesepiannya.

Bermula dengan harga 93 sen setiap teks, pelanggan boleh melanggan khidmat teks selamat malam itu untuk seminggu, sebulan atau setahun. Pelanggan boleh memohon permintaan khas, jadi dia akan membuat teks mengikut cerita mereka.

Jika tiada, dia tidak menetapkan sebarang format tetap untuk teks selamat malam yang dihantar, ada kalanya,  dia hanya menghantar teks ‘Selamat Malam’ dengan emoji muka tersenyum, dan ada masanya, dia akan berkongsi cerita berkaitan ‘mood’ sendiri pada ketika itu.

Jiu Mei akan muka berkerja pada pukul 10 setiap malam. Dia memperuntukkan masa lebih kurang lima minit untuk setiap teks dengan mesej teks terpanjangnya mempunyai lebih 200 karakter Cina.

Buat masa ini, Jiu Mei menerima kira-kira 40 pesanan setiap malam, dan pernah juga dia menghantar lebih 300 mesej teks dalam sehari.

Mothership

Leave a Reply