Everton bangkit elak penyingkiran

LIVERPOOL: Everton mengesahkan tempat dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim depan selepas bangkit daripada ketinggalan 2-0 untuk menewaskan Crystal Palace 3-2 di Goodison Park.

Pengendali Palace Patrick Vieira menyepak penyokong yang memasuki padang sebanyak dua kali – selepas gol kemenangan Dominic Calvert-Lewin lima minit sebelum tamat permainan dan sebaik wisel penamat ditiup.

Vieira enggan mengulas tentang insiden itu di mana dia dikelilingi penyokong Everton ketika menuju ke bilik persalinan.

Hanya kemenangan yang mampu mengelakkan Everton daripada tercicicir ke Liga Kejuaraan buat pertama kali dalam tempoh 68 tahun.

Namun deretan kesilapan benteng skuad kendalian Frank Lampard menyaksikan mereka ketinggalan hasil jaringan Jean-Philippe Mateta dan Jordan Ayew sebelum rehat.

Michael Keane mencetus kebangkitan sembilan minit selepas rehat sebelum Richarlison menyamakan kedudukan 15 minit sebelum tamat permainan.

Masalah kecederaan Calvert-Lewin menjadi punca kemerosotan Everton musim ini tetapi pemain England itu tampil meledak gol penting apabila menanduk masuk sepakan percuma Demarai Gray.

“Orang luar pasti akan berkata yang peluang kami sudah tertutup ketika rehat, tetapi karakter kelab ini mencetus kebangkitan kami.

“Semangatnya luar biasa. Saya amat terharu,” kata Lampard.

Persaingan untuk tidak menyertai Norwich dan Watford dalam Liga Kejuaraan musim depan kini antara Burnley dan Leeds menuju ke hari terakhir musim ini.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker