Gadis 18 tahun kahwin dengan duda 65 tahun
Kalau dah jodoh tak kemana! Seorang lelaki berusia 65 tahun berstatus duda di Indonesia selamat bernikah dengan gadis jelita berusia 18 tahun. Walaupun jarak usia adalah 47 tahun, namun ia sama sekali tidak menjadi penghalang buat mereka.
Foto yang dikongsikan oleh Happy Wedding Planner di Facebook meraih pelbagai respon daripada warganet kerana mereka turut teruja dengan kisah pengantin dua sejoli ini. Detik-detik indah pernikahan mereka itu turut dikongsikan oleh tetamu yang hadir.
Dalam pada itu, Haji Sondani dan keluarga menaiki bas dengan diiringi 1000 orang pengiring ke rumah pengantin perempuan. Namun, apa yang menarik perhatian warganet adalah saudagar tanah itu memberi wang hantaran sebanyak 500 juta rupiah (RM149,346.15), sebuah rumah, kereta dan menanggung perbelanjaan umrah untuk semua ahli keluarga pengantin perempuan.
Walau bagaimanapun, terdapat individu yang dipercayai kenalan terdekat mengatakan bahawa pasangan terbabit dijodohkan setelah kedua-duanya kehilangan orang tercinta. Pengantin perempuan dikenali sebagai Via dikatakan terpaksa berkorban demi keluarganya atas faktor kemiskinan dan rela menikahi duda demi kehidupan keluarganya terjamin.
Kalau tak salah aku ibu dia (Via) dah meninggal dunia lepas tu ayah dia kena strok. Tinggal adik-beradik dia je dan dia anak bongsu. Diaorang ni keluarga yang kurang mampu. Haji Sondani pula isteri dia dah meninggal, jadi mereka dijodohkan mungkin dia rela berkorban demi keluarganya.
Happy-wedding Planner