Tidak sedar hutang kad kredit cecah RM241,000

Oleh – Syeikh Baran


Tidak sedar hutang kad kredit cecah RM241,000
Maddy menyifatkan dirinya mempunyai ketagihan yang melampau dalam berbelanja. – Compare Hero

Seorang wanita dari Southampton, Britain terpaksa menanggung hutang kad kredit sebanyak £40,000 (RM241,137) kerana mendakwa tidak menyedari bahawa dia perlu membayar balik wang yang digunakan, lapor akhbar Daily Star semalam.

Maddy Alexander-Grout, mula ditawarkan kad kredit di pameran universitinya pada usia 18 tahun. Wanita itu turut menyifatkan dirinya mempunyai ketagihan yang melampau dalam berbelanja.

Maddy dikatakan mula mengambil pinjaman, membeli kasut dan beg yang mahal dan sering membelanja rakan-rakannya minuman ketika mereka keluar. 



“Saya mengeluarkan kad kredit dan overdraf. Pada satu ketika, saya juga mendapat geran universiti, pinjaman dan pelbagai jenis kad kedai. Saya benar-benar mempunyai ketagihan dalam perbelanjaan,” kata Maddy.

Kehidupan Maddy yang indah bagaimanapun bertukar bimbang selepas dia mendapat tahu bahawa pengutip hutang boleh muncul pada bila-bila masa serta menjejakinya di mana-mana sahaja.

“Saya hidup dalam ketakutan bahawa saya akan kehilangan tempat tinggal. Sepanjang 10 tahun, itu benar-benar menakutkan,” kata Maddy.

Wanita itu akhirnya berjaya membayar balik semua hutangnya dengan menjual pakaian secara dalam talian dan di bonet kereta. 



Maddy bukan sahaja bekerja keras mencari rezeki, malah, memperbaiki tabiat kewangan dan perbelanjaannya. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker