Individu Nampak ‘Lembaga’ Dekat Tingkap

Baru-baru ini tular satu video di media sosial memaparkan situasi seram dialami oleh seorang individu yang mendakwa melihat ‘lembaga’ sedang menari di hadapan matanya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikTok dikenali sebagai Fandy Fiera, individu terbabit dikatakan sudah membuat aduan kerana jiran di hapadan rumahnya itu sering memasang lagu dengan kuat sambil menari.

Kemudiannya, dia bertindak merakam jirannya yang sedang ‘menari’ itu untuk dijadikan bukti sebelum melaporkan perkara terbabit kepada pihak polis.

Walau bagaimanapun, sudah beberapa kali aduan dibuat tetapi apabila setiap kali polis tiba di rumah jirannya, bilik terbabit bertukar menjadi gelap dan sunyi seperti tiada apa yang berlaku.



Namun, apa yang menyeramkan lagi adalah tuan rumah itu menyatakan bahawa bilik terbabit tidak berpenghuni dan ketika kejadian berlaku, mereka tiada di rumah kerana keluar bekerja.

Penghuni rumah ketika itu cuma berdua dan polis dapati tiada langsung persamaan antara lembaga yang di dalam video dengan susuk tubuh penghuni terbabit.

Dan sehingga hari ini tidak ada lagi aduan bising diterima daripada rumah tersebut.

‘Jangan tengok tingkap jiran ya’

 

 

@bigredmachine3196 Reply to @millz_13107 kita try upload video kedua yang lebih clean&clear.. #misteri #pdrm #ipdpetalingjaya #polispj #fyp #fypシ゚viral ♬ original sound – Anschyni

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargenet turut berasa seram apabila melihat video terbabit. Malah, ada juga di antara mereka yang melihat rambut ‘lembaga’ itu seperti rambut orang zaman dahulu.



bigredmachine3196

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker