Jom Tengok Bola dapat sambutan

SHAH ALAM: Lebih 300 peminat bola sepak menghadiri program Jom Tengok Bola ‘Uniti Bersama Harimau Muda’ anjuran Kementerian Perpaduan Negara di sebuah restoran di Seksyen 7, di sini malam tadi.

Siaran langsung perlawanan separuh akhir Sukan SEA antara Malaysia dan Vietnam itu turut dihadiri Menterinya, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Halimah ketika sidang media berkata, platform sukan menjadi tapak integrasi yang menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara ini secara bersama.

“Program yang kita adakan malam ini adalah untuk semarakkan lagi apa yang sedang dilakukan kementerian di bawah program KAMI@Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia dan ini salah satu pengisian yang sedang kami lakukan.



“Saya harap kerjasama (pelbagai pihak) dapat dilakukan untuk merakamkan detik perpaduan yang boleh menjadi gambaran bagaimana agenda perpaduan nasional dapat dilakukan.

“Ia bukan hanya diterjemahkan oleh pihak kerajaan semata-mata tapi penyertaan secara bersama keluarga besar iaitu Keluarga Malaysia,” kata Halimah.

Beliau berkata, kehadiran pengunjung pelbagai kaum yang memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan bola sepak negara menggambarkan semangat kenegaraan dan kesepaduan yang tinggi.

Program ini juga turut dimeriahkan dengan aktiviti-aktiviti menarik seperti cabutan bertuah dan cabaran timbang bola.



Pada perlawanan itu, skuad muda negara kendalian Brad Maloney tewas 1-0 di tangan juara bertahan, Vietnam yang akan bertemu Thailand bagi merebut pingat emas.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker