Resepi kuih Telaga Emas

 

Kuih Telaga Emas 

Bahan Kulit Hijau :

250g tepung pulut
3 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
1 1/4 cawan air
Sedikit perisa pandan
Sedikit pewarna hijau
Secubit garam


Cara2 :
▶satukan semua tepung²..garam & perisa pandan

▶kemudian tuangkan air sikit² jgn sampai habis..uli jadi doh tak lekat di tangan

▶letak sedikit pewarna hijau

▶buat bulat² anggaran 24g..tekan & ratakan doh ke dlm acuan lompang saiz kecil yg telah disapu minyak masak..ketepikan

Inti Kastard :

1 cawan santan kotak
1 cawan air suam
1/2 cawan gula
2 sudu besar tepung kastard
1/4 cawan tepung gandum
3 biji telur
1 penutup botol esen vanilla
Sedikit pewarna kuning telur
secubit garam
.
Cara2 :
.
▶satukan santan dan air suam..campurkan esen vanilla & gula..kacau hingga larut

▶masukkan telur & kacau sebati..kemudian masukkan juga tepung kastard..garam & pewarna kuning telur..kacau sebati & mesra

▶tapis adunan & tuang ke dlm acuan lompang yg disapu sedikit minyak

▶pastikan air kukusan betul2 mendidih..kukus selama 10 – 12 minit atau hingga masak..api sederhana besar

Leave a Reply