Abraham bawa Roma ke final

ROME: Tammy Abraham membantu Roma mara ke final sulung Liga Konferens Eropah selepas menewaskan Leicester City 1-0 pada aksi timbal balik separuh akhir dan kemenangan 2-1 secara agregat.

Abraham menanduk masuk gol tunggal permainan pada minit ke-11 di Stadio Olimpico untuk membawa skuad kendalian Jose Mourinho ke final Eropah pertama mereka selepas lebih tiga dekad.

Mereka akan bertemu Feyenoord di Tirana, Albania pada 25 Mei selepas kelab Belanda itu menang 3-2 secara agregat ke atas Marseille dalam satu lagi aksi separuh akhir.



“Sebelum perlawanan bermula, penyokong memenangi perlawanan ini untuk kami. Kami belum berada di atas padang tetapi sudah mula mendengar sokongan mereka.

“Kemenangan ini adalah untuk mereka dan pasukan saya. Saya harap kami dapat menjuarainya,” kata Abraham yang meledak gol ke-25 dirinya musim ini.

Roma tidak memenangi sebarang trofi sejak tahun 2008 dan kemenangan ke atas skuad kendalian Brendan Rodgers mencetus harapan buat penyokongnya untuk menamatkan kemarau kejuaraan pasukan.

“Mereka beraksi lebih baik di babak pertama walaupun tidak banyak peluang dicipta. Kami bangkit di babak kedua tetapi gagal menghasilkan sesuatu. Masalah utama kami musim ini adalah situasi bola mati,” kata Rodgers.



Kali terakhir Roma beraksi di pentas final Eropah ialah ketika Piala UEFA 1991, di mana mereka tewas kepada Inter Milan.

“Saya menitiskan air mata kerana emosi saya bersama mereka yang menyintai kelab ini. Ini adalah kelab gergasi tanpa bilik trofi. Ini belum trofi, tetapi baru final dan ia amat bermakna buat mereka,” kata Mourinho.

AFP




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading