Siasatan SPRM terhadap Nazlan, apa kesudahannya?

 

Selepas didedahkan RAJA PETRA KAMARUDIN mengenai transaksi wang yang diterima oleh Mohd Nazlan Ghazali, SPRM telah membuka kertas siasatan terhadapnya.

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Mah Weng Kwai menggesa agar pihak SPRM mendedahkan hasil siasatan yang telah dibuat terhadap Nazlan.

 

Tangkap layar komen Mah Weng Kwai

 

Beliau turut menyatakan perkara tersebut akan mendatangkan kesan terhadap Institusi Kehakiman.

SPRM membuka kertas siasatan terhadap Nazlan selepas satu laporan dibuat terhadap Raja Petra berikutan dakwaan pemindahan wang sebanyak lebih RM1 juta ke akaun Nazlan.



“sekarang sudah memasuki pertengahan Mei, tidak sukar untuk SPRM mendapat penyata kewangan akaun Nazlan” kata Mah Weng Kwai.

Semua perhatian tertumpu kepada Nazlan kerana mendapati perjalanan siasatan hampir sama seperti isu penglibatan Tawfiq Ayman yang sehingga kini tidak diketahui apa tindakan seterusnya.

Yang membezakannya, isu Nazlan berkait dengan intergriti Badan Kehakiman manakala isu Tawfiq dan Zeti berkait dengan Pejabat Peguam Negara.

 

 

Apa tindakan Pejabat Peguam Negara sekiranya pihak SPRM mendapati ada keraguan dalam transaksi akaun Nazlan?



Perlu diingatkan, Nazlan adalah Hakim yang akan menghakimi kes SRC melibatkan Najib Razak.

 

 

Lebih mengejutkan, Nazlan merupakan salah seorang yang terlibat dalam penubuhan SRC ketika masih bertugas di Maybank.

“Conflict of Interest” adalah asas kepada Nazlan untuk berundur dari menghakimi kes melibatkan SRC.

 

Nazlan tidak berani jawap dakwaan transaksi wang?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker