Tidak benar sama sekali

Jakarta: Kerajaan Indonesia memberi subsidi bagi meringankan beban dan mengurangkan kos dilkeluarkan oleh jemaah haji, kata Menteri Agamanya, Yaqut Cholil Qoumas.

Portal Kompas melaporkan kenyataan berkenaan dibuat bagi menepis cerita tidak betul yang mengatakan dana haji digunakan kerajaan untuk keperluan lain seperti membangunkan ibu negara.

“Apa yang tersebar itu tidak benar sama sekali.

“Ini kerana Badan Pelaksana Badan Pengelola Kewangan Haji (BPKH) kerajaan memberi subsidi supaya kos dikeluarkan jemaah menjadi lebih rendah,” katanya ketika memberi kenyataan di Istana Negara, Selasa lalu.



Menurut Yaqut, BPKH berbeza dari Biaya Perjalanan Ibadah Haji (BPIH).

“BPIH itu lebih besar sedangkan kos dikeluarkan oleh jemaah jauh lebih rendah daripada yang diperlukan,” kata Yaqut.

“BPIH itu lebih besar sedangkan kos dikeluarkan oleh jemaah jauh lebih rendah daripada yang diperlukan,” kata Yaqut.

Sementara itu, Ketua BPKH, Anggito Abimanyu memaklumkan hasil kerjasama kerajaan dan Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), kos yang harus dibayar jemaah adalah kira-kira 39.9 juta rupiah (kira-kira RM11,942).



BPIH yang diperlukan adalah 81.7 juta rupiah (kira-kira RM24,436).

“Kos haji yang diperlukan adalah sebanyak 81.7 juta rupiah (kira-kira RM24,436) untuk setiap jemaah atau 7.5 trilion rupiah.

“Jemaah haji membayar sekitar 39.9 juta rupiah (kira-kira RM11,942), setiap seorang, bersesuaian dengan apa yang ditetapkan oleh kerajaan dan disetujui oleh DPR,” menurut Anggito.

Anggota turut menegaskan bahawa semua kos penyelenggaraan ibadah haji 1443 Hijrah itu disiapkan baik dalam mata wang rupiah mahupun riyal.

“Kami sudah memindahkan dana itu kepada kerajaan Arab Saudi bagi membiayai hotel, katering, dan pengangkutan melalui Kementerian Agama,” kata Anggito.

Indonesia selaku negara dengan penduduk Islam paling ramai di dunia diperuntukkan kuota haji paling tinggi tahun ini iaitu 100,051 jemaah.

Ia diikuti Pakistan yang diperuntukkan 81,132 jemaah dan India di tempat ketiga dengan 79,237 jemaah.

Memetik laporan Saudi Gazette, Bangladesh akan menghantar jemaah haji keempat terbesar dengan kuota 57,585.

Negara Afrika pula, Angola berada di bahagian bawah senarai dengan jumlah paling rendah iaitu 23 jemaah. Di antara negara-negara Afrika, Nigeria mendapat bahagian terbesar seramai 43,008 jemaah.

Bagi negara-negara Arab pula, Mesir mendahului dengan 35,375 jemaah.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker