Apa fungsi Menteri bila harga keperluan melambung?

Menakutkan! Itu ayat sebenar bila melihat harga barang keperluan semakin melambung hingga rakyat tertanya, apa fungsi Menteri?

Melihat kepada kadar kenaikan harga barang keperluan yang semakin tidak terkawal, ia menggusarkan sebahagian besar pengguna terutama surirumah.

 

 

Merujuk kepada harga yang dikeluarkan FAMA, boleh dikatakan harga nampak perbezaan besar jika dibandingkan satu negeri ke negeri lain.

harga keperluan rumah dijangka stabil

Walaupun Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri mengumumkan penghapusan permit import-AP, ia seakan tidak menjadi ‘kudis’ kepada pembekal besar yang telah lama berkecimpung dalam sektor perbekalan.

 

 

Dimanakah Menteri yang dilantik ke portfolio untuk menjaga hal ehwal pengguna? Kemana suara rakyat yang semakin ditekan dengan peningkatan harga mahu disalurkan?

Adakah suara rakyat hanya akan didengari bila mahu adakan Pilihanraya atau ketika para ahli politik mahu meraih undi?

 

 

Ini kelemahan sesebuah kerajaan yang dibentuk menerusi kaedah campuran. Perdana Menteri berusaha membantu rakyat, Menteri pula sekadar menggangguk kepala tanpa ada inisiatif.

Sebab apa?

 

 

Sebab pegangan politik berbeza dan hanya bersama dalam kabinet atas nama persetujuan dan mahu kekal berkuasa.

PM perlu bertindak tegas terhadap Menteri yang hanya ‘menumpang’ dalam kabinet tetapi dalam masa sama merosakkan reputasi kerajaan.

Pembubaran parlimen sangat perlu bila keadaan tidak lagi berada dalam kawalan Perdana Menteri.

Pandangan anda?

 

Harga barang dapur mencanak, apa guna jadi Menteri?

 

 

Leave a Reply