Kertas siasatan Nazlan, sama nasib dengan Tawfiq?

 

SPRM-Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, mengesahkan pihak mereka telah menghantar kertas siasatan lengkap terhadap Mohd Nazlan Ghazali.

Menurut kenyataan media SPRM, pihak mereka telah memulakan siasatan seawal Mac 2022 dan menyerahkannya ke Jabatan Peguam Negara.

Apa yang dikhuatiri, kertas siasatan tersebut menerima nasib sama seperti kertas siasatan terhadap Tawfiq dan Zeti.

Sehingga hari ini, masih tiada perkembangan dari Pejabat Peguam Negara terhadap Tawfiq dan Zeti berikutan dakwaan penglibatan mereka dalam skandal 1MDB.

Untuk kes Nazlan, ia agak unik kerana beliau merupakan seorang Hakim dan terlibat dalam kes penghakiman SRC melibatkan Najib Razak.

Baca – PENDEDAHAN RAJA PETRA

Raja Petra Kamarudin, mendedahkan penglibatan Nazlan dalam Maybank semasa penubuhan SRC dilakukan. Maybank Investment Bank, menerusi satu dokumen telah mengesyorkan penubuhan SRC dan Nazlan ketika itu merupakan sebahagian daripada Syarikat Perbankan tersebut.

Baca Juga – Tommy Thomas Khilaf Dakwa Najib Razak

Raja Petra kemudian mendedahkan lagi transaksi wang dalam jumlah tertentu diterima Nazlan untuk “perkhidmatannya”. Tidak diketahui apa skop “perkhidmatan” Nazlan yang membolehkan beliau menerima sejumlah wang didakwa Raja Petra.

 

 

Kini, Pejabat Peguam Negara kembali menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia yang semakin tertarik dengan isu Nazlan dan “conflict of interest” dalam kes SRC.

Sebelum ini, bekas Peguam Negara, Tommy Thomas mendedahkan penglibatan Zeti dalam kes melibatkan 1MDB, begitu juga suaminya.

Tawfiq dan Zeti ; apa tindakan Pejabat Peguam Negara?

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker