AC Milan akhiri kemarau kejuaraan Serie A

MILAN: AC Milan memenangi gelaran Serie A pertama mereka selepas 11 tahun apabila menewaskan Sassuolo 3-0 di Reggio Emilia sekali gus merampas kejuaraan daripada Inter Milan pada hari terakhir kempen kali ini.

Memerlukan hanya satu mata untuk menjulang Scudetto, Milan meraih kemenangan hasil dua gol Olivier Giroud dan satu daripada Franck Kessie di babak pertama aksi di Stadium Mapei.

Milan kendalian Stefano Pioli menamatkan saingan dua mata di depan Inter, yang menewaskan Sampdoria 3-0 di San Siro tetapi gagal mempertahankan kejuaraan.

Rossoneri kembali menerajui bola sepak Itali selepas mengharungi tempoh sukar akibat masalah kewangan sejak memenangi gelaran liga pada tahun 2011.



“Kami berhak dengan kejayaan ini selepas menanam keyakinan yang ia boleh dicapai. Pemain-pemain saya tidak pernah berputus asa, mereka semua menakjubkan.

“Saya gembira kerana dapat melihat pemain-pemain juga menikmatinya,” kata Pioli.

Bintang Sweden Zlatan Ibrahimovic yang kembali ke Milan pada tahun 2019, turut bersama pasukan itu ketika kali terakhir mereka menjulang Scudetto.

“Ketika kembali ke sini saya kata yang saya akan membawa Milan kembali ke puncak dan memenangi gelaran. Ini adalah kumpulan pemain hebat.



“Kami bekerja keras dan akhirnya menikmati kejayaan ini. Dua tahun lalu keadaannya cukup sukar,” kata Ibrahimovic.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker