‘Allah dah rancang kebetulan saya lalu situ’

Kepala Batas: “Allah dah rancang kebetulan saya lalu situ. Semua kehendak Allah,” kata Muhammad Syahir Jamaludin, 31.

Muhammad Syahir anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak di sini, yang menjadi wira selepas video dia menyelamatkan seorang wanita daripada terjun di Jambatan Pulau Pinang tular di media sosial.

Hari ini, atas komitmennya itu, Muhammad Syahir dianugerahkan sijil penghargaan sempena Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2022 di Perkarangan Dewan Millenium di sini, yang disampaikan Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk M Noor Azman Taib.

Menurutnya, dia tidak menyangka tindakan spontan membantu wanita berkenaan atas dasar tanggungjawab sesama manusia tular.

Katanya, ini kes kedua cubaan terjun di jambatan yang membabitkan dirinya dalam usaha menyelamatkan mangsa.

“Allah dah rancang kebetulan saya lalu di situ. Saya pun tidak sangka. Penghargaan ini saya anggap sebagai pembakar semangat untuk saya menggalas tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik-baiknya,” katanya.

Fire and Rescue Department personnel Muhammad Syahir Jamaludin, 29 putting on his uniform before he report for duty at Jalan Perak fire station staff quarters in Penang. ( November 6,2020 ). — ZHAFARAN NASIB/The Star

Terdahulu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut menyatakan penghargaan kepada Muhammad Syahir yang disifatkan sangat cekap bertindak biarpun berada di luar waktu bertugas.

“Ini semua bukanlah aksi pentas dibuat-buat atau dilakonkan. Ia adalah situasi sebenar, saat-saat cemas yang boleh terjadi pada bila-bila masa, terhadap sesiapa sahaja. Kebakaran, lemas, hilang serta apa jua situasi yang boleh mengancam nyawa,” katanya.

METRO

Leave a Reply