Amar Asyraf Kahwin Kali Ketiga?

Kisah mengenai kemelut rumah tangga pelakon Amar Asyraf dan bekas isteri, Vivy Jeffry sah bercerai talak tiga masih belum reda lagi, namun timbul pula dakwaan yang mengatakan pelakon itu sudah berkahwin kali ketiga dengan seorang wanita.

Amar kahwin kali ketiga?

Memetik laporan Harian Metro, berdasarkan sekeping foto di Instagram (IG) yang dipercayai milik ibu Amar pada Mac lalu, memaparkan pelakon berusia 36 tahun itu bersama seorang seorang wanita bernama Farhana Yusof yang dipercayai sudah mempunyai dua orang cahaya mata.

Lebih menguatkan spekulasi adalah hasil tinjauan ke akaun Instagram milik salah seorang adik-beradik Farhana, terdapat sekeping foto mereka sekeluarga menyambut Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Foto berkenaan memaparkan Amar berada di sebelah wanita itu manakala dua anak hasil daripada perkahwinan pertamanya iaitu Muhammad Taufik dan Ammara Dian turut berada dalam foto tersebut.



Follow akaun IG

Hasil pemerhatian pihak OhBulan!, pelakon Setia Hujung Nyawa itu mengikuti akaun Farhana dan mereka turut menjalankan perniagaan bersama.

Walau bagaimanapun, masih tiada jawapan daripada pihak Amar berhubung kesahihan berita mengenai dia sudah berkahwin kali ketiga itu.

Harian Metro

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker