Dua beranak ditemukan tergantung

Polis siasat dakwaan ADUN Selangor dera bekas isteri

Rawang: Dua beranak ditemukan meninggal dunia dalam keadaan tergantung di rumah mereka di Kampung Baru Kundang, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 10.17 pagi tadi.

“Siasatan awal mendapati mangsa pertama adalah seorang wanita warga emas berusia 71 tahun, manakala mangsa kedua adalah lelaki berusia 35 tahun.

“Hubungan kedua-dua mangsa berkenaan adalah ibu dan anak kandung,” katanya dalam kenyataan, hari ini.



Zainal berkata, siasatan awal dilakukan di lokasi kejadian mendapati tiada unsur jenayah.

“Tiada sebarang kesan umpil dan pecah masuk ditemui. Barang peribadi milik kedua-dua mangsa seperti wang tunai dan telefon bimbit berada di lokasi kejadian.

“Pemeriksaan ke atas kedua-dua mayat mangsa berkenaan juga tidak menemui sebarang unsur jenayah,” katanya.

Beliau berkata, mayat kedua-dua mangsa berkenaan dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat.



“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sehingga laporan bedah siasat lengkap diperolehi.

“Sebarang maklumat lanjut berhubung kejadian itu boleh menghubungi Ketua Balai Polis Kundang, Sarjan Mejar Azhar Wan Ariffin di talian 03-60341222 atau 019-9997233,” katanya.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker