Hafiz puas raih gangsa pada penampilan sulung

Hanoi: Atlet angkat berat negara, Muhammad Hafiz Shamsuddin menghadiahkan pingat gangsa dalam acara atas 89 kilogram (lelaki) pada penampilan sulungnya di temasya Sukan Sea di Vietnam, sebentar tadi.

Hafiz melakukan angkatan 152kg bagi snatch dan 190kg clean&jerk dengan jumlah keseluruhan 342kg di Pusat Latihan dan Pertandingan Sukan Hanoi dan baginya ia satu keputusan yang berbaloi selepas berusaha gigih sebelum ini.

“Saingan tadi memang sengit,” kata Hafiz. “Kalau diikutkan angkatan terakhir pihak lawan yang meraih emas adalah 349kg. Kalau saya dapat melakukan angkatan kedua saya 160, saya mungkin dapat 350kg.

“Apapun, saya tetap berpuashati kerana itu adalah apa yang saya raih hari ini. Saya bersyukur kepada Allah. Saya memang sudah jangkakan yang angkatan lawan lebih tinggi kerana saya baru lagi dalam kem kebangsaan untuk pertandingan di peringkat antarabangsa.



“Jadi sasaran saya di sini hanyalah untuk melakukan yang terbaik berbanding apa yang sudah saya lakukan sebelum ini. Untuk kali ini, saya meraih pengalaman yang lebih baik dan berguna. Walaupun gagal meraih emas tetapi akan usaha lebih lagi berbanding sebelum ini.”

Pingat emas dimenangi atlet Thailand, Rungsuriya Panya dengan angkatan keseluruhan 342kg manakala perak dimenangi wakil tuan rumah, Nguyen Minh Quang, 348kg.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker