Hebahan Cari Jodoh Viral Di Media Sosial

Di Twitter, seorang gadis yang dikenali sebagai Faye membantu rakannya untuk mencari jodoh. Menurut Faye, rakannya iaitu Syafiqah Ghazali sudah bersedia untuk menjadi isteri dan tidak kisah untuk menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini.

Nak cari lelaki yang serius

Menerusi tweet yang dimuat naik, Faye turut memberitahu mengenai kelebihan yang terdapat pada rakannya itu. Ujar Faye, Syafiqah seorang yang pandai memasak, bermain alat muzik serta rajin melancong. Bukan itu sahaja, rakannya itu pandai menyanyi dan ‘rap’ dalam bahasa Perancis. Bagi kaum adam yang mahu menjadi teman hidup Syafiqah, mereka perlu mengisi borang yang telah disediakan.

Siapa sangka, tweet tersebut telah mendapat sambutan di luar jangkaan. Tidak sampai 2 jam, Syafiqah telah menerima 511 borang permohonan. Lebih mengejutkan, permohonan tersebut semakin meningkat dari masa ke semasa. Ujar Syafiqah, dia perlu mengambil sedikit masa untuk membaca kesemua permohonan yang telah dihantar kepadanya.

Faye

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker