Muay Thai lakar kejutan sumbang emas ke-39

Hanoi: Atlet muay thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib melakukan kejutan apabila menghadiahkan emas ke-39 Kontinjen Malaysia pada aksi terakhir sebelum Sukan Sea Vietnam melabuhkan tirai secara rasmi esok.

Meskipun membuat kemunculan pertama di temasya dwitahunan itu, juara remaja dunia 2021 itu menampilkan perlawanan cukup bertenaga untuk mengatasi lawan tuan rumah, Huynh Hoang Phi dalam kategori Lelaki Elit Bawah 54kg.

Ketinggian yang dimiliki Nor Iman memberi kelebihan kepada jaguh 18 tahun itu untuk meraih kemenangan 30-27 (10-9,10-9,10-9) dalam pertarungan tiga pusingan.

METRO

Leave a Reply