Budak 5 Tahun Maut Didera Ibu & Nenek Tiri

Pihak polis berjaya menahan dua suspek wanita yang didakwa terlibat dalam kes penderaan seorang kanak-kanak berusia 5 tahun sehingga mengakibatkan mangsa meninggal dunia.

Maut didera ibu, nenek tiri

Memetik laporan media Indonesia, insiden kejam yang menimpa mangsa dipercayai berlaku pada 18 Mei lalu (Rabu). Menurut sumber, mangsa yang berusia 5 tahun ini dikatakan baru seminggu dihantar tinggal bersama ayah kandungnya di Gorantalo, Indonesia untuk meraikan sambutan hari raya bersama-sama.

Namun siapa sangka, lain pula yang jadinya apabila kanak-kanak malang ini menjadi mangsa dera si ibu tiri dan nenek tirinya. Pihak polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan berhubung penganiayaan kanak-kanak. Setibanya di sana, mereka mendapati mangsa berada dalam keadaan terbaring dan sudah tidak bernyawa. Menurut sumber, keseluruhan badan mangsa ditemui kesan lebam manakala di bahagian tangan dan belakang mangsa pula ditemui luka seperti dipukul menggunakan objek tumpul.

Lebih menyayat hati apabila melihat keadaan perut mangsa yang terdapat kesan seperti melecur. Bukan itu sahaja, pihak polis turut menemui beberapa bahan bukti yang dipercayai digunakan oleh kedua-dua suspek untuk mendera mangsa. Susulan daripada itu, pihak polis bertindak menahan kedua-dua suspek yang berusia 27 dan 65 tahun bersama bapa mangsa untuk membantu siasatan. Manakala, mayat mangsa dihantar ke hospital untuk dibedah siasat.



Video

 

 

 

Kompas TV

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker