Ringgit catat paras terendah dalam sejarah

SINGAPURA: Dolar Singapura mencecah paras tertinggi sepanjang masa berbanding ringgit Malaysia pada Isnin (23 Mei), demikian menurut laporan Channel News Asia (CNA).

Dolar Singapura mencapai rekod tertinggi RM3.1964 pada pukul 1.48 tengah hari Isnin, sebahagian besarnya didorong oleh pengukuhan dalam nilai dolar Singapura, sebelum susut kemudiannya kepada RM3.1950 pada hari berkenaan, kata portal berita itu memetik kata ketua analisis FX di MonFX Simon Harvey.

Analisis FX turut melaporkan bahawa sentimen berkaitan China turut membantu.

Harvey berkata berita mengenai Presiden AS Joe Biden sedang menimbang pengurangan tarif ke atas barangan China membantu melonjakkan yuan ke paras tertinggi sejak 5 Mei.



“Dengan yuan menguasai kepentingan terbesar dalam kelompok S$NEER Singapura, peningkatan ketara mata wang yuan turut mengheret dolar Singapura lebih tinggi apabila peniaga mata wang berusaha untuk mengimbangi susut nilai dalam dolar Singapura berbanding yuan dengan mata wang lain.

“Ini menyaksikan dolar Singapura mengukuh berbanding rakan perdagangan utama lain, termasuk dolar AS (+0.49 peratus), ringgit Malaysia (+0.13 peratus), dolar Hong Kong (+0.47 peratus) dan yen Jepun (+0.05 peratus), dan dengan itu kadar pertukaran S$NEER terus meningkat lebih tinggi sejajar dengan keutamaan Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS),” katanya.

Pada pukul 9.01 pagi, ringgit berada pada paras 3.1925/1955 berbanding dolar Singapura.

MAS, bank pusat republik itu merumuskan dasar monetari dengan menetapkan laluan untuk S$NEER – kadar pertukaran efektif nominal dolar Singapura – jalur dasar untuk menjamin kestabilan harga dalam jangka sederhana.



Singapura telah mengetatkan pendirian dasar monetarinya pada April 2022, yang berasaskan kepada pergerakan dasar pada Oktober 2021 dan Januari 2022, bertujuan untuk memperlahankan momentum inflasi dan membantu memastikan kestabilan harga jangka sederhana.

Pada Isnin, dilaporkan bahawa Inflasi Teras MAS meningkat kepada 3.3 peratus pada asas tahun ke tahun bagi April 2022 daripada 2.9 peratus pada Mac, didorong oleh inflasi yang lebih tinggi untuk makanan, runcit dan barangan lain, serta elektrik dan gas.

Lonjakan yang dicatatkan pada bulan April adalah tahap tertinggi sejak Februari 2012.

Bernama

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker