Ronaldo, Maguire dalam perancangan Ten Hag

MANCHESTER: Pengendali baharu Manchester United Erik ten Hag mengesahkan Cristiano Ronaldo berada dalam perancangannya untuk saingan musim depan.

Pengendali dari Belanda turut mengesahkan masih mahukan khidmat Harry Maguire tetapi enggan mengulas sama ada pertahanan England itu akan kekal sebagai kapten.

Ten Hag mengadakan sidang akhbar pertama selepas perpindahan dari Ajax dan pengendali berusia 52 tahun itu melegakan peminat United apabila bercakap tentang bintang Portugal, Ronaldo.

Ketika ditanya sama ada Ronaldo berada dalam perancangannya, Ten Hag menjawab: “Sudah tentu!”.

Apabila ditanya apakah kelebihan dibawa Ronaldo untuk pasukan, Ten Hag berkata “gol”.

Berkenaan Maguire, Ten Hag berkata dia masih mengharapkan sumbangan kapten United itu tetapi tidak menjawab sama ada akan mengekalkannya sebagai kapten.

“Musim depan adalah musim baharu tetapi saya rasa dia (Maguire) melakukan tugasnya dengan baik. Dia pemain yang hebat, banyak yang sudah dicapai, termasuk sumbangan kepada Manchester United.

“Jadi saya tidak sabar untuk bekerjasama dengannya,” kata Ten Hag.

AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker