Rumah Tangga Suami & Madu Memang Bermasalah, Saya Tak Masuk Campur

Selepas dua tahun mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Rosland Othman, timbul dakwaan yang mengatakan pelakon Miera Leyana menjadi punca keretakan rumah tangga suami dengan isteri pertama.

Takkan sesekali masuk campur

Memetik laporan BH Online, Miera nyata terkejut ketika diajukan soalan itu namun memilih untuk tidak mengulas lanjut. Kata Miera, 29, dia tiada hak untuk masuk campur urusan rumah tangga suami dengan madu kerana tidak mempunyai kaitan dengan dirinya.

Mana dengar cerita ini? Sejujurnya, saya tidak mahu masuk campur urusan rumah tangga suami bersama madu. Tetapi, saya tahu ramai sudah mendengar berita kemelut rumah tangga mereka.



Tiada apa yang boleh saya komen dan kongsi, ia tiada kena mengena saya. Bagi saya, itu urusan suami dan isterinya, biarlah mereka selesai dengan baik demi kebaikan bersama.

Rasanya tidak adil pasangan poligami bercerai, tetapi mahu menuding jari kepada madu. Apa yang saya tahu, rumah tangga mereka memang bermasalah, tetapi ia tiada kena mengena dengan saya.

Apapun, keputusan suami dan madu, saya takkan sesekali masuk campur. Itu juga pilihan mereka disebabkan tiada jalan keluar dalam menyelesaikan kemelut yang berpanjangan.



Mungkin ini jalan terbaik

Tambah pemilik nama Miera Leyana Datuk Seri Kasmi, bukan dia yang menjadi punca ke jalan perpisahan tetapi katanya suami dan madu memang mempunyai masalah peribadi.

Saya tak fikir ia berkaitan dengan saya. Jika tidak berkahwin dengan saya sekali pun, mereka tetap ada masalah. Saya juga tidak dapat menjangkakan perkara ini akan berlaku.

Sudah dua tahun saya dan suami berkahwin, anak pun sudah berusia setahun. Adakah dengar cerita bukan-bukan mengenai saya?

Jujurnya, saya memang tak tahu dan tiada hak nak ambil tahu, jauh sekali masuk campur. Bagi saya, biar suami dan madu menyelesaikan kemelut rumah tangga tanpa campur tangan sesiapa.



Saya tidak pernah memaksa, sebaliknya suami dan madu sudah membuat keputusan. Mungkin juga ini jalan dan keputusan terbaik untuk mereka.

Dalam pada itu, Pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem, Anugerah Skrin pada tahun 2013 menerusi filem Pecah enggan peduli dengan mulut yang mengata kerana keutamaan sekarang hanya fokus kepada keluarga.

Selepas berkahwin, saya bunting pelamin dan kini, sibuk membesarkan anak. Saya tidak kisah dengan andaian dan persepsi. Apa yang penting, saya menjaga suami, anak dan keluarga dengan sebaiknya.

Terdahulu, Miera dan Rosland disatukan dalam ikatan suami isteri pada 26 Julai 2020 dalam majlis pernikahan yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.



BH Online

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button