Wanita Bunuh Skandal Suami, Buang Dalam Sungai

Seorang wanita di Bekasi, Jawa Barat, Indonesia didakwa membunuh perempuan simpanan suaminya selepas dia memberi amaran kepada wanita terbabit agar tidak mengganggu suaminya lagi.

Suami kantoi curang dengan tukang cuci

Menurut jurucakap Polis Metro Jakarta, Endra Zulpan, suspek dikenali sebagai NU mengetahui hubungan sulit suaminya bersama seorang wanita berusia 26 tahun itu menerusi mesej perbualan mereka dalam telefon bimbit lelaki berkenaan.

Lebih membangkitkan kemarahan si isteri apabila suaminya berjanji kepada mangsa yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah bank itu untuk menceraikannya supaya mereka boleh hidup bahagia bersama.



Si isteri berasa sakit hati dan berdendam dengan mangsa kerana wanita terbabit mempunyai hubungan lebih mesra dengan suaminya berbanding dirinya.

Susulan daripada itu, suspek membuat keputusan untuk berjumpa dengan mangsa untuk memberi amaran agar meninggalkan suaminya, namun tidak diendahkan oleh wanita terbabit.

Perangkap mangsa guna telefon bimbit suami

Si isteri kemudian bertindak memerangkap mangsa dengan mengajaknya untuk berbuka puasa bersama-sama menggunakan telefon bimbit suaminya dan menyamar sebagai anak saudara lelaki tersebut.

Malah, mereka turut berjanji untuk bertemu di perhentian bas berhampiran sebuah taman rekreasi di Jakarta Timur. Ketika mangsa sampai di lokasi terbabit, suspek bertindak memukul pada bahagian kepala mangsa sebanyak lima kali menggunakan objek tumpul serta menikam pada bahagian leher mangsa sehingga mati.



Bukan itu sahaja, dia turut menukar pakaian wanita berkenaan dengan baju seragam tukang cuci dan membuang mayat mangsa di dalam sungai.

Walau bagaimanapun, suspek kemudiannya menyerah diri di balai polis dan bakal berdepan hukuman penjara kerana membunuh.

Coconuts Jakarta



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button