Air naik kurang setengah jam

Johor Bahru: Hujan lebat selama kurang setengah jam, hari ini menyebabkan dua blok Apartmen Larkin Idaman, di sini dilanda banjir kilat.

Penduduk, Mohd Hafiz Hamdan, 52 berkata, bahagian bawah blok A1 dan A2 digenangi air kira-kira setengah meter, manakala motosikal dan kenderaan penduduk di tempat letak kenderaan tenggelam sepenuhnya.

“Hujan terlalu lebat lewat petang tadi. Saya naik ke rumah pada 6 petang ketika gerimis, tidak sampai setengah jam, air sudah naik.

“Saya sempat meminta anak untuk mengalihkan kenderaan yang sudah dimasuki air ke tempat tinggi. Ini kali kedua kawasan ini dilanda banjir kilat.

“Mei tahun lalu kawasan ini pernah dilanda banjir kilat dan menyebabkan banyak kenderaan penduduk rosak termasuk kereta saya,” katanya ketika dihubungi di sini.

Mohd Hafiz mendakwa banjir kilat mungkin berlaku disebabkan kerja naik taraf landasan di kawasan berhampiran.

Katanya, sehingga 8 malam tadi, air masih belum surut.

Selain Pangsapuri Larkin Idaman, beberapa laluan di bandar raya turut dinaiki air, antaranya Jalan Skudai berhadapan Skudai Parade.

METRO

Leave a Reply