Klopp Pengurus Terbaik EPL

LONDON: Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp dinamakan sebagai Pengurus Terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) oleh Persatuan Pengurus Liga seperti diumumkan hari ini.

Skuad Reds menang Piala Liga Inggeris dan Piala FA selepas menewaskan Chelsea dalam penentuan penalti sebanyak dua kali di Wembley.

Namun Liverpool tewas dalam pemburuan gelaran EPL kepada Manchester City dengan hanya satu mata selepas skuad kendalian Klopp dan Pep Guardiola masing-masing menang pertemuan terakhir dalam kempen yang sangat sengit.



Klopp, menerima anugerah berkenaan pada malam Anugerah LMA di London berkata: “Ia satu penghormatan dan ia musim yang gila.

“Perlawanan terakhir itu ketika dua perlawanan sebelumnya tidak bermakna dan selebihnya, kami bermain untuk mendapatkan semuanya.

“Ia bukanlah penamat yang bagus untuk kami, tapi kami sudah melakukannya.”

Pengurus Jerman itu memberi penghormatan terhadap staf belakang tabir dengan berkata: “Apabila anda menang hadiah seperti ini, sama ada anda pintar atau anda ada pasukan kejurulatihan terbaik di dunia – dan saya di sini bersama semua staf kejurulatihan saya, mereka tahu betapa saya amat menghargai mereka.”



Klopp juga meraih Trofi Sir Alex Ferguson, dinamakan sempena menghargai bekas bos Manchester United, dan pemenang diundi oleh semua pengurus setiap divisyen utama bola sepak England.

“Ini yang diundi oleh rakan sejawatan saya ialah hadiah paling penting anda boleh terima,” kata Klopp.

“Saya tidak percaya kepada hadiah individu secara umum dalam bola sepak, ia sukan berpasukan dan saya tiada apa-apa tanpa mereka di sana.

“Ia semuanya mengenai apa yang kami boleh lakukan bersama dan apa yang kami sudah lakukan bersama.”



AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button