Konsortium Boehly diberi kelulusan beli Chelsea

LONDON: Cadangan pengambilalihan Chelsea oleh Todd Boehly semakin hampir dilengkapkan hari ini apabila majlis Liga Perdana Inggeris (EPL) mengumumkan pihaknya sudah meluluskan pembelian kelab London itu yang boleh dimuktamadkan hari ini.

Konsortium diketui Boehly, pemilik bersama kelab besbol Los Angeles Dodgers, sebelum ini sudah bersetuju dengan perjanjian dengan rekod £4.25 bilion (RM23.37 bilion) bagi membeli kelab EPL itu daripada pemiliknya, Roman Abramovich pada 7 Mei.

Dan kenyataannya EPL berkata: “Majlis EPL hari ini bersetuju dengan cadangan pengambilalihan Kelab Bolasepak Chelsea oleh Konsortium Todd Boehly/Clearlake.

“Pembelian itu bergantung kepada lesen pembelian yang dikeluarkan Kerajaan (British) dan melengkapkan transaksi tahap akhir diperlukan.”



Pegawai mahu semuanya dilengkapkan hari ini supaya Chelsea boleh membuat pendaftaran untuk aksi musim depan dengan sumber daripada kerajaan yang tidak dinamakan memberitahu Persatuan Akhbar Britain: “Kami kini percaya semua orang sudah bersedia untuk mengeluarkan lesen diperlukan.

“Halangan terakhir ialah beberapa perkara teknikal yang sedang dibincangkan bersama kelab.”

Jutawan Russia, Abramovich meletakkan Chelsea dalam pasaran pada awal Mac, sejurus sebelum dia dikenakan sekatan oleh kerajaan British berikutan pencerobohan Russia terhadap Ukraine.

Proses penjualan itu memakan masa yang lama kerana kebimbangan kerajaan mengenai potensi Abramovich akan mengaut keuntungan daripadanya.



AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker