Mak Mentua Tangkap Menantu Tidur Dengan Lelaki Lain

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengimpikan hubungan yang kekal dan bahagia hingga ke akhir hayat. Namun sudah menjadi lumrah hidup berumah tangga pasti ada pasang surutnya, sekali sekala dilanda hujan dan badai.

Itulah yang dilalui si suami ini apabila mendapat tahu bahawa isteri tercinta tergamak curang dengan seorang lelaki yang masih berstatus suami orang.

Tidur dengan suami orang

Memetik laporan Tribunnews, wanita yang berasal dari Lombok, Indonesia ini melakukan perbuatan keji itu semasa suaminya bekerja di luar daerah dan tidak pulang ke rumah. Menurut sumber, kejadian tersebut hanya disedari oleh ibu mentua wanita ini (ibu suami) yang berasa pelik melihat lampu bilik menantunya sudah pun terpadam.

Bukan itu sahaja, wanita tua ini turut terhidu bau asap rokok dari bilik tidur menantunya. Dia yang mula risau sesuatu perkara buruk berlaku telah memaklumkan perkara itu kepada cucu, jiran tetangga serta saudaranya. Tidak lama kemudian, kesemua mereka sudah berkumpul dan bersedia untuk membuka pintu bilik berkenaan.

Namun alangkah terkejutnya apabila mereka melihat wanita berkenaan sedang berdua-duaan dengan lelaki asing di dalam bilik tidur tersebut. Lebih mengejutkan apabila mengetahui lelaki terbabit sebenarnya adalah suami orang. Lelaki ini juga mengakui telah menyelinap masuk ke bilik tersebut sekitar dua jam lalu sebelum ditangkap oleh mentua dan jiran tetangga pada jam 12 malam (21 Mei 2022).

Mereka juga mengakui telah melakukan hubungan intim sebanyak dua kali. Kedua-dua suspek telah ditahan oleh pihak polis selain beberapa bahan bukti seperti pakaian turut dikumpul untuk proses siasatan selanjutnya.

Tribunnews

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker