Polis kenal pasti pelajar bergaduh dan tular di FB

Sandakan: Polis sedang mengenal pasti mereka yang terbabit dalam pergaduhan sekumpulan pelajar sekolah di sini, dipercayai berlaku petang hari ini dan turut tular di laman Facebook.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku di Jalan Elopura di sini, kira-kira 2 petang.

“Punca pergaduhan serta mereka yang terlibat sedang dikenal pasti oleh pihak polis. Pihak polis telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 47 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Abdul Fuad berkata, orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu boleh tampil ke balai polis terdekat atau menghubungi pegawai penyiasat kes itu Insp Micheal Goh menerusi talian 016-8741216 atau 089-203223.

Dalam video berdurasi 21 saat itu, kelihatan sekurang-kurangnya 10 pelajar lelaki berpakaian seragam sekolah menengah bergaduh dan turut kelihatan beberapa lelaki dewasa cuba meleraikan pergaduhan.

METRO

Leave a Reply