Isu barang dapur, tiada pematuhan harga siling?

 

Antara isu yang hangat diperkatakan sekarang ialah harga barang dapur yang kelihatan seperti tiada pematuhan harga siling.

Rungutan rakyat berkenaan barang keperluan dapur semakin banyak. Rata-rata netizen menaikmuat kisah kenaikan harga yang menggila.

Hasil carian harga barang dapur dilaman rasmi FAMA

Disebalik seruan kerajaan serta arahan penetapan harga siling, peruncit seolah tidak mempedulikan ketetpan kerajaan.

Malah, perbezaan harga keperluan dapur amat ketara bila dibuat perbandingan. Memahami ‘supply and demand’ mempengaruhi harga, ia tidak boleh dijadikan alasan menaikkan harga barang secara melulu.

Hasil carian harga barang dapur dilaman rasmi FAMA

Bukan sahaja rakyat yang merungut, kini para peniaga juga sudah mulai berkira-kira keuntungan bagi setiap jualan berikutan harga borong yang turut naik.

Pemerhatian harga barang dapur yang dikeluarkan FAMA, rakyat boleh melihat kenaikan mendadak harga yang tidak terjangka.

Hasil carian harga barang dapur dilaman rasmi FAMA

Alasan segelintir peniaga mengenai perubahan cuaca dalam terma untuk menentukan harga sayur agak mengecewakan. 

Apa guna ada penetapan harga siling jika tiada penguatkuasaan dilakukan agensi yang dipertanggungjawabkan? 

Hasil carian harga barang dapur dilaman rasmi FAMA

Sudahlah kabinet menyenaraikan Menteri yang ‘blur’ bila ada isu kenaikan harga, mereka juga tidak memberi alternatif atau sekurangnya bersikap tegas terhadap ‘orang tengah’ dalam usaha menstabilkan harga keperluan dapur.

Hasil carian harga barang dapur dilaman rasmi FAMA

Rakyat sudah penat merungut dan hanya menanti untuk memberi sedikit ‘pengajaran’ terhadap Menteri yang berfikiran cetek seperti sediada sekarang.

Hasil carian harga barang dapur dilaman rasmi FAMA

Sampai bila rakyat harus terus ditekan dengan sikap pembekal dan pemborong?

Harga barang dapur mencanak, apa guna jadi Menteri?

Leave a Reply