Marah Kena Paksa Jual Motor, Pengantin Lelaki Tak Datang Majlis Kahwin

Hanya kerana marah dengan pengantin perempuan, seorang lelaki di Palembang, Sumatera Selatan enggan hadir ke majlis menyebabkan isterinya terpaksa bersanding sendirian di atas pelamin.

Memetik laporan Detik.com, pengantin perempuan dikenali sebagai DH itu tetap meneruskan majlis perkahwinan walaupun tanpa kehadiran pengantin lelaki di sisi serta ingin menghormati seramai 200 tetamu yang hadir.

Ibu kepada pengantin perempuan, Rapita mengatakan calon menantunya itu berasa marah kerana motosikal miliknya itu telah dijual oleh ibu bapanya bagi mendapatkan wang untuk membiayai majlis perkahwinan terbabit.



Difahamkan, seminggu sebelum majlis berlangsung, lelaki berkenaan ada menghubungi pengantin perempuan menerusi aplikasi WhatsApp dan menyuarakan ketidakpuasan hati kerana terpaksa menjual motorsikal kesayangannya.

Mungkin sebab dia tak boleh terima kenyataan yang motor kesayangannya itu dijual oleh ibu bapanya untuk perbelanjaan perkahwinan.

Dalam pada itu, dia turut meminta DH untuk mengembalikan wang yang dipakai untuk majlis perkahwinannya itu.

Kau pulangkan duit aku, aku tak nak kahwin dengan kau.



Detik.com

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button