Peluang terakhir buat Bale

LONDON: Kejayaan Gareth Bale di Real Madrid tidak boleh dilupakan kata rakan sepasukan, Luka Modric.

Pemain Wales itu mengejar lima medal kemenangan Liga Juara-Juara dan trofi ke-16 bersama Real pada aksi final awal pagi Ahad ini berdepan Liverpool.

Namun Bale akan mengucapkan selamat tinggal dengan perasaan yang pelik apabila kontraknya tamat bulan depan.

Tiada keraian selepas sembilan tahun melalui karier turun naik bersama gergasi Sepanyol itu.

Bintang berusia 32 tahun itu sudah menang semuanya di Madrid namun legasinya pastinya berbeza dengan status dirasainya dekat Cardiff.

Bale hidup dalam dunia yang berbeza, dia diejek oleh media Sepanyol dan penyokong kelab tetapi menjadi idola dan disayangi di Wales.

Dia boleh menamatkan karier gemilang jika kapten skuad Dragons itu membawa negaranya ke pusingan akhir Piala Dunia selepas 64 tahun sekiranya menewaskan Scotland atau Ukraine pada playoff terakhir 5 Jun ini.

Modric yang bermain bersamanya di Tottenham berkata: “Perkara terbaik ialah anda perlu bertanya kepada Gareth apa yang berlaku.

“Saya sentiasa katakan Gareth sangat penting buat kelab dan pasukan.

“Dia sudah melakukan banyak perara hebat dan itu tidak boleh dilupakan.

“Adalah amat merugikan tahun lalu dia tidak berada pada tahap terbaik buat dirinya sendiri dan kelab.”

Karier Bale di Real terbahagi kepada dua bahagian – lima tahun yang menakjubkan dan empat tahun lagi penuh masalah.

AGENSI

Leave a Reply