Zuraida tinggalkan PPBM, Azmin tunggu masa?

Zuraida Kamaruddin keluar BERSATU masuk PBM

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin mengesahkan beliau meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia-PPBM untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia.

Beliau juga akan berjumpa dengan Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri bagi membincangkan perletakkan jawatan sebagai Menteri.

ZURAIDA KELUAR PPBM

 

 

Zuraida sebelum ini merupakan Ketua Wanita PKR tetapi menyertai PPBM selepas ‘Langkah Sheraton’ bersama-sama Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Beliau diterima masuk ke PPBM dan dikekalkan jawatan menteri oleh Muhyiddin Yassin. Ditanya mengenai PBM, Zuraida berkata beliau tertarik dengan parti itu kerana prinsip parti itu sendiri.

 

 

Sebelum ini, khabar Zuraida akan keluar dari PPBM hangat diperkatakan namun beliau menafikannya. Khabar tersebut makin kuat apabila beliau dikatakan tidak turun padang ketika PRN Johor berlangsung.

Dalam PRN Johor, Parti Bangsa Malaysia turut bertanding merebut kerusi Dun Maharani tetapi kalah teruk.

 

 

PBM terdiri daripada ahli ‘Penggerak Komuniti’ yang ditubuhkan Zuraida untuk membantu kerajaan Perikatan Nasional.

 

Azmin Ali

 

Perhatian seterusnya selepas Zuraida keluar PPBM ialah Azmin Ali. Beliau juga merupakan salah satu nama yang disebut-sebut akan meninggalkan PPBM namun tidak diketahui sahih atau tidak.

Untuk kembali kepada PKR pula mustahil dilakukan setelah beliau sendiri bertindak ‘menikam belakang’ parti itu.

Adakah Azmin akan menuruti langkah Zuraida untuk kekalkan karier politiknya? Jika ia berlaku, suasana politik tanahair benar-benar menjadi demokrasi apabila rakyat mempunyai pelbagai pilihan untuk diundi pada PRU15.

Parti Bangsa Malaysia hanya ambil kesempatan?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker