BERSATU bergolak, Muhyiddin dijangka rombak Menteri PPBM

Ekoran tindakan Zuraida Kamaruddin keluar dari Parti Pribumi BERSATU Malaysia-PPBM, Presiden Muhyiddin Yassin dijangka akan merombak kepimpinan parti dan Menteri dari parti itu.

Dikhabarkan, kepimpinan tertinggi sudah mula mencurigai kesetiaan Ahli Parlimen PKR yang ‘melompat’ masuk ke PPBM bersama Azmin dan Zuraida.

Zuraida yang mengumumkan menyertai Parti Bangsa Malaysia-PBM semalam, masih lagi memegang jawatan Menteri.

Difahamkan, Muhyiddin selaku Presiden PPBM mahu jawatan tersebut dilucutkan dari Zuraida dan diserahkan kepada PPBM berdasarkan kuota. Bagaimanapun, Zuraida bertindak ‘bijak setapak’ apabila menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.

 

Kenyataan Media Zuraida Kamaruddin

Sokongan Zuraida sudah pasti akan disokong PBM dan ini akan diambil kira dalam kiraan majoriti parlimen. Untuk menolak sokongan Zuraida akan menimbulkan konflik sokongan dan boleh membawa kepada kehilangan sokongan majoriti untuk PM.

 
Khabar angin terbaru yang berlegar pula mengangkat nama Hamzah Zainuddin bakal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya Ismail Sabri mahu Zuraida dikekalkan sebagai Menteri.
 
Azmin Ali pula dikatakan akan dilucutkan dari jawatan dalam parti dan ditukarkan portfolio atas nasihat Muhyiddin Yassin. Ini perlu dilakukan bagi mengelak sebarang kemungkinan berlaku sekali lagi ‘Sheraton Move’.
 
 
Manakala bekas ahli PKR yang menyertai BERSATU dan diberikan jawatan dalam kabinet akan ditukarkan dan tidak lagi memegang jawatan dalam kabinet. Mereka hanya dikekalkan sebagai ahli PPBM tanpa jawatan dalam kabinet.
 
Dikatakan, Muhyiddin sudah mula menerima tekanan dari ahli BERSATU untuk bertindak tegas terhadap mereka yang disangsikan kesetiaan kepada parti. Ini bagi mengelakkan berlaku sekali lagi kes seperti Zuraida.
 
Manakala Muhyiddin dijangkakan kekal sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (merangkap penentu jawatan Menteri).
 
 
 
 
 
 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker