“Hak PM melantik Menteri Kabinet” – Presiden UMNO

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Perdana Menteri mempunyai hak dalam menentukan pelantikan seseorang Menteri dalam jemaah kabinetnya.

Zahid berkata demikian semasa ditemui di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Beliau mengulas pendek apabila ditanya mengenai kenyataan Ketua ARMADA Parti Pribumi Bersatu Malaysia-PPBM.



 

Ini bagi menggantikan Zuraida Kamaruddin yang meletakkan jawatan serta keluar parti menerusi satu kenyataan media.

Netizen mula mempertikaikan PPBM yang dilihat ‘mabuk kuasa’ bila mereka mahu kekosongan Menteri tersebut diisi oleh seorang dari parti mereka dan ditentukan oleh Presiden PPBM.

Sebagai rekod, Zuraida ‘melompat masuk’ ke PPBM dari PKR berikutan ‘Langkah Sheraton’ yang menyaksikan keruntuhan Kerajaan Pakatan Harapan.



“Kerajaan hari ini masih boleh bertahan” – Najib

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button