Kanak-kanak perempuan maut dilanggar bas

'Kena tipu konon...'

SEPANG: Seorang bayi perempuan berusia setahun empat bulan maut dilanggar bas ketika mengekori kakaknya untuk ke sekolah.

Dalam kejadian jam 12.15 tengah hari di Taman Anggerik, Bandar Baru Salak Tinggi (BBST), dekat sini, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, mangsa keluar rumah dan mengekori kakaknya yang sedang menaiki bas untuk ke sekolah.

“Ketika kejadian, kakak mangsa tidak menyedari adiknya keluar dari rumah dan mengekorinya, ketika bas sudah bergerak mangsa tiba-tiba sudah berada di bawah bas berkenaan.

“Mangsa kemudiannya dibawa keluar oleh kakaknya sebelum di hantar ke Klinik Kesihatan Salak Tinggi dan disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian badan.

“Mangsa kemudiannya di hantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Kamarul berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

BHOnline

Leave a Reply