Mane akan jawab selepas final

London: Penyerang Liverpool, Sadio Mane akan memberi jawapan mengenai masa depannya selepas final Liga Juara-Juara Eropah menentang Real Madrid, awal pagi Ahad ini.

Pemain antarabangsa Senegal itu yang menyertai Liverpool pada 2016 dan menjaringkan lebih 120 gol untuk kelab Liga Perdana Inggeris itu dilaporkan mahu meninggalkan skuad bimbingan Juergen Klopp untuk mencari cabaran baharu, lapor media Britain.

“Persoalan (mengenai masa depan saya) akan dijawab selepas final Liga Juara-Juara Eropah nanti, sama ada saya kekal atau tidak,” kata Mane yang memiliki baki setahun lagi kontrak, kepada Sky Sports.

“Sekarang saya fokus kepada final itu dan mahu memenangi trofi yang jauh lebih penting buat saya dan penyokong Liverpool.



“Ini jawapan saya sebelum final. Selepas final pula, saya akan mahu memberi jawapan terbaik yang anda mahu dengar. Sudah tentu, saya akan menjawab apa yang anda mahu dengar.”

Penyerang berusia 30 tahun itu menegaskan komitmen penuh kepada Liverpool untuk final.

“Saya akan melakukan segala yang mungkin untuk memenangi perlawanan bagi Liverpool,” kata Mane.

“Saya fikir kami sudah melupakan final 2018 apabila tewas 1-3. Sudah tentu, Real Madrid adalah pasukan lebih baik dan berhak menang, tetapi kali ini situasi perlawanan sudah berbeza.”



Real menewaskan Liverpool 3-1 di final di Kyiv pada 2018 hasil jaringan Karim Benzema dan dua gol Gareth Bale selepas Mane menyamakan satu gol untuk the Reds.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker